Friday, September 12, 2014

ONLINE SHOP

Aku suka melawat online shop. Sambil lawat,
Sambil rasa kagum....
Online shop yang kerap aku lawati:

Pooplook
Zalora
Fashion valet
Jual tempe
Jual sabun 
Jual kuih raya
Jual produk kuruskan jari
Dan sebagainya

Bila dah lawat online shop ni, jiwa jadi kacau. Mula rasa tak sedap hati. Dah ko datang lawat online shop orang tu, ko tak beli plak, sungguh tak sopan (muahahahaha). Timbul rasa bersalah.


Nak beli online ni aku bukan reti. So, pertolongan di perlukan, selalunya kakak tersayang dan suami tercinta yang buat urusan pembelian. Aku, just tunjuk... Nak yang itu, nak yang ini, itu I tak nak hahahaha macam mak-mak datin dalam drama pukul 7:00 plak.

Bila transaksi telah berjaya dilakukan, hati mulalah bedebar-debar.
Tidur tak lena, bilalah tempe yang di oder nak sampai. Kalau terlena pun termimpi-mimpi tempe sebalang.

Bila dengar orang ketuk pintu,
Jantung pun seperti di ketuk-ketuk
Dup dap dup dap
Posmen dah datang, online tempe dah ada yes yes

Buka pintu, 
Ehhhh...budak-budak hulurkan kad derma untuk bacathon.
Nasib baik derma bacathon
Ingatkan kak Ton.

Sedikit kecewa....
Tapi teruskan penantian


The end









1 comment:

Cik Puan Eka said...

Kita suka beli online. Biasa beli sendiri. Klik2 je eh eh banyaknya dah berabis. Suami kadang2 bising, asal balik rumah je ada je kotak dibawka balik hihihihi