Tuesday, May 20, 2014

RM7

Pagi tadi,  saya beri budak darjah 3 ini RM7.
Saya pesan, belanja dengan berhemah.
Jangan boros..



Selepas balik dari sekolah, saya tanya baki duit yang tinggal.
Tiada baki!
Kosong.
Duit dah habis.
Darjah kemarahan meningkat

Bila saya soal dia senyap
Saya tanya lagi
Dia senyap
Mana duit baki?
Membisu...
Geram pun ada..
Bila saya tinggikan suara dia mula
Beri sebab dan punca

RM1 beli bihun...
RM6???
RM6?? Saya tanya lagi
Beli hadiah...dia jawab
Nak bagi siapa? Sedikit keras soalan saya
Dia jawab..
Untuk mama lah
Hadiah hari ibu
Dan hadiah hari guru...

Terus sentap
Bercampur terharu
Dia nak bagi suprised..
Tapi terpaksa bagi tahu
Sebab mama dah soal macam-macam

Sorry anak :(

2 comments:

Tukang Karut said...

Terus sebak kan?

sud@is said...

Terharuu, cerdik dan comel anak ni