Tuesday, January 21, 2014

CEMBURU YANG TIDAK NORMAL

Normal kalau kita, punya perasaan cemburu.
Tapi yang tidak normal bila punya perasaan cemburu buta yang membabi buta.
Dan sangat sadis bila cemburu di sertai dengan perasaan dengki & mengeji

Contoh situasi 1:
Tipah dapat beli cincin baru berkat dia menabung hasil gajinya setiap bulan.
Cemburu: Bella, cemburu dengan Tipah lalu menanam azam tuk menabung & beli cincin
Cemburu, dengki & mengeji: Bella cemburu dengan Tipah, di canangnya satu kampung, Tipah curi duit tuk beli cincin, Tipah curi duit tabung masjid.

Contoh situasi 2:
Tipah berjaya menurunkan berat badannya daripada 80kg kepada 55kg.
Tipah bersenam & amal cara hidup sihat.
Cemburu: Bella cemburu dengan kejayaan Tipah, lalu mengamalkan gaya hidup sihat &slim seperti Tipah
Cemburu, dengki & mengeji: Bella cemburu, lalu di buruk-burukan Tipah. Tipah itu bela pendamping, supaya cantik & ramping.

So,
Fikir-fikirkan
Cemburu biar bertempat
Dan kena tempatnya

K bye
As salam



No comments: