Sunday, January 6, 2013

OKSIGEN YANG SAMA

Aku juga seperti kamu
Berasal dari tanah tumpah darah ini
Bahasa kamu indah
Aku suka
Aku cuba memahaminya
Mengerti tanpa rasai sinis,
Tanpa agenda tersembunyi & terselindung

Namun bila aku berbahasa
Aku diperlakukan seperti
Aku ini berasal dari sebuah benua
Yang tidak terlukis atau
Tercatit di dalam mana2 laluan perjalanan pelayar2 terdahulu

Aku di tertawakan mereka
Hahahahaha
Hihihhihi
Yang sedikit sopan
Senyum sinis menjeling
Dengan bulu mata palsu
Yang panjang melentik

Aku ,
Di layan seperti tukang hibur
Yang mempersembahkan kisah2 lucu

Persekitaran ini menyesakkan
Udaranya nyaman
Cuma...
Kerongkong ku di sekat dek kerana aku di anggap asing
Persis mahluk berkepala lonjong
Bermata besar....
Cuba fahami aku
Kerana aku cuba fahami kamu
Aku berdarah merah
Bukan hijau
Nah! Kita sama bukan?

Atau memang salah ku
Kerana sudah tersalah tafsir pasal kalian
Aku ingin kembali kepada kebiasaan
Masuk kedalam peti kayu
Kemudian hanyutkan aku di laut biru
Yang buas...
Tapi tidak ganas...
Sebab aku tahu akhirnya aku akan terdampar
Dan kembali kepada kelompok
Yang mengenali ku
Menerima ku

Buat masa ini....
Cuba fahami aku
They judge me, before they know me







6 comments:

Tihara said...

comel :)

norliza_osman said...

Relax la kak.. segalanya berubah.. suka atau tidak segalnaya tetap terpaksa dia harungi..

Tukang Karut said...

tak pe... biasa la tu,... mungkin loghat sabah tu tebal lagi kot...

Namee Roslan said...

muncung nyaa ! :D

Shukri Mohd Ali said...

aaaaaaaa omeyyyy ;)

the malay male said...

Ini cerita pasal kamu atau kucing?