Wednesday, May 16, 2012

SELAMAT HARI GURU!

Hari ini hari guru,
Selamat hari guru untuk semua,
Terima kasih kepada semua,
Terima kasih kepada ibu dan ayah
Yang hantar aku ke sekolah
Hingga aku boleh bergelar guru,
Terima kasih buat guru-guru ku
Yang tidak pernah jemu
Mengajar aku, hingga aku bergelar guru..

Terima kasih buat pakcik driver bas sekolah, yang tidak pernah culas
Menghantar aku ke sekolah
Hingga aku bergelar guru...
Terima kasih kepada pakcik kedai buku, yang sudi jual buku-buku
Kepada aku hingga aku bisa belajar
Dan menjadi seorang guru..
Terima kasih suami ku yang memahami kerjaya ku
Terima kasih anak-anak murid ku...
Kerana memberi peluang cikgu
Mengajar kamu....

Terima kasih kepada semua
Ya kepada anda semua,
Yang berada di dalam hidup ini
Secara langsung atau pun tidak
Yang pasti anda semua telah
Menjadikan aku seorang guru

Terima kasih untuk semua

4 comments:

JunAina said...

Selamat Hari Guru...terima kasih cikgu kerana mendidik saya menjadi manusia. Kerana cikgu saya berada di opis tingkat 14 kalau tidak kerana jasamu guru agaknya saya hanya menjaga anak2 dirumah. Paling tidak bergelut dengan selut dibendang, itupun kalau ada bendangnya.

Tukang Karut said...

sama sama... aku jeles sebab tak ada hari jurutera...

delarocha said...

seronok la dapat hadiah

cara meningkatkan kualitas sperma said...

so nice your content