Tuesday, May 22, 2012

KAD ROMANTIK DARI IPIN

kelmarin 
aku terima satu kad
kad hasil buatan tangan
kad kreatif dari insan berbadan kecil
tapi punya jiwa besar...
"cikgu...cikgu kad ini untuk cikgu"
aku toleh 
Ipin rupanya..
"terima kasih Ipin"
kad bertukar tangan
Ipin berlari-lari anak
masuk ke dalam kelas

Kad ku letak di atas meja
ku capai semula pen merah
menanda kertas-kertas
jawapan...
yang punya 1001
jawapan dari insan-insan
pewaris hari depan

Ku capai kembali kad
Aku tersenyum....
rakan menyapa dan bertanya kenapa?
ku tunjuk kad Ipin pada mereka....
mereka juga senyum
ada yang ketawa..

terima kasih Ipin...
Cikgu juga sayang Ipin
jadi anak yang terbaik
untuk keluarga, agama dan bangsa....

5 comments:

Anisa Hang Tuah said...

kenapa sy rasa mcm nak menangis

-__-

sangat sweet!

onie said...

sebaknya kalau saya yang jadi cikgu itu :D

Gen2Merah said...

wahh nice.. saya pun baru ja post kad ucapan hari guru dari anak2 murid... comel

Tukang Karut said...

nasib baik aku tak jadi cikgu, kalau tak banjir kot sekolah...

delarocha said...

kecik kecik dan pandai menghargai... bagus