Saturday, April 14, 2012

RUPANYA DIA ADA DI DEPAN MATA

Milan..
Ini bukan kisah Milan di Itali,
Tapi ini kisah Milan rakan ketika kecilku..

Ketika kecil aku tinggal dengan nenek di Burmas. Jarak Burmas ke Sandakan pada tahun 1988 mungkin sama jaraknya menaikI bas transNasional dari Sahab Pernada di Alor Star ke Simpang Renggam :)

Bila hendak melangkah ke Tahun 1, aku berpindah semula ke Sandakan. Putus khabar tentang Milan.

Pada tahun 2009, aku telah bertugas di daerah Kunak. Kenangan dengan Milan masih Segar. Pernah juga terfikir hendak jalan-jalan ke sana.

Mac 2012..
Sedang asyik ngobrol2 di bilik guru bersama Idra, rakan setugas....
Tiba-tiba perbualan terhenti
Kahkahkahkah
Hihihihihi
Aku: "kau Milan?"
Idra: "Ya! Aku milan"

Sudah masuk tahun yang ke-4 bertugas bersama-sama, baru aku tahu , baru aku sedar, Milan ada di depan mata.

Milan dulu nakal & kasar. Penampilan persis kanak-kanak lelaki...
Tapi itu dulu...
Kini Milan sudah ayu
Sudah jadi ibu


Mungkin tahun ini akan terpisah lagi
Milan akan mengikut suami ke Tawau dan aku mungkin akan ke Ampang bersama en. Bob

Milan a.k.a teacher Idra :)

4 comments:

Tukang Karut said...

nasib baik milan dah kawen... kalau tak aku dah ngorat dah...

Anisa Hang Tuah said...

cool

dipertemukan semula
=)

Namee Roslan said...

wahhh..macam jejak kasih. selalu juga terjadi macam tu, tahu2 je dekat je dengan kita walau dah terpisah jauh :)

aimie amalina said...

hehehe
sape sangka kan?

begitulah jodoh persahabatan yg kekal lama


sonokknyeelaa :))