Wednesday, April 11, 2012

BODOH

Di luar rumah
Ada sekumpulan anak-anak kecil
Sedang bermain barangkali
Aku tidak nampak
Aku tidak lihat
Aku cuma dengar
dengan jelas suara mereka

Sekajap-sekejap
Mereka kata bodoh
Lepas itu mereka kata lagi
Bodoh
Bodoh
Bodoh

Dulu di zaman kecil-kecilku
Jangan kau coba-coba
Sebut perkataan
Bodoh
Kalau tidak
Penampar otai melekat kepipi
Cili padi 10 biji di tenyeh ke mulut

Bukan aku tidak mahu betulkan anak-anak itu
Sebab sekejap lagi
Akan ada yang berkata
Sambil mengata
Cukup-cukup lah ko mengajar di sekolah
Kat sini ko tak perlu sekolahkan orang

Oh! Ok fine thank you...

4 comments:

Ezad Skytech said...

budak2 skrg ni mmg mcm ni..sikit2 sebut perkataan tu...adehh...

Namee Roslan said...

bukan sekadar bodoh. babi dan gilapun budak 4 tahun dah pandai sebut :(

Tukang Karut said...

orang bodoh je tak nak terima pembetulan perkara bodoh...

Rain said...

kata membias peribadi.