Thursday, March 8, 2012

KERTAS GRAF DAN BERAS SEKARUNG + TANAH KUBUR

Kelas pengaji am:
Cikgu suruh keluarkan kertas graf.
Nak lukis graf..
Budak perempuan dah mula buat muka ketat + sedikit kelat.
Sebab kejap lagi...
"Diana minta kertas Graf sekeping"- Rudin
"Sabariah nak kertas Graf dua keping"-Eddie
Ragam budak lelaki..
Bila budak perempuan kata
"TAK NAK!"
Mereka kata
"Alah baru minta sekeping dah kedekut, belum minta beras sekarung"
Ada yang menambah
"kedekutlah dengan kertas Graf tu, esok lusa, klu mati lubang kubur penuh dengan kertas Graf"
Hahaha
Macam-macam ragam rakan sekelas,
Rasa macam nak bagi penumbuk 3 das. Tapi bila waktu rehat, mereka belanja makan cekelat Apollo.

Sent from my iPhone

3 comments:

Tukang Karut said...

hik hik hik macam pernah kena je ni...

- GC - said...

budak laki mmg serba serbi benda tak ada masa sekolah dulu. lepas tu buat muka sekupang, sbb nk pinjam kertas graf. hihi

Namee Roslan said...

haha, sangat biasa dah. dulu saya punya kertas graf kena taram jugak. hehe