Thursday, March 8, 2012

HUJAN DAN DI AKHIRI DENGAN KFC

Pagi tadi masa hendak ke tempat kerja, hujan turun. Aku capai payung dan buka pintu pagar. Masa aku hendak buka pintu pagar, Katak yang tengah buat kuak kupu-kupu di dalam parit depan rumah tegur aku..
"hujan ni Cikgu, tak payahlah keja. Baik duduk rumah sambil ngeteh."
Aku buka payung dan kata kat katak, "katak ko pernah dengar tak ayat mati katak?" aku atur langkah tinggalkan katak yang tengah malu-malu kucing.

Tak sampai beberapa langkah, hujan semakin lebat. Aku singgah berteduh kat kedai runcit biru. Sedang aku berteduh di tepi kedai, siput Babi yg juga sedang tumpang berteduh, membuka bicara...
"tak payahlah rajin sangat nak pi keja, hujan lebat ni. Baik balik tido"
Aku jeling siput Babi, rasa macam nak maki, tapi baik bagi ayat 4 das
"siput khinzir, pernah tak awak alami kejadian, cengkerangku hancur di pijak kasut crocodile?"
Aku teruskan langkah, tinggalkan siput Babi yang tengah menggeletar. Tapi aku pasti dia mengeletar bukan kerana sejuk... Tapi kerana ayat 4 das.

Aku sampai di tempat keja, pakaian ku sedikit basah. Bila aku masuk ke bilik guru, cicak jantan kata kat aku
"lah, rajin awak keja. Baik balik tido hujan ni kakakaka"
Biadap tak beradab,
aku kata cicak jantan
"hujung bulan ni, bila dah gaji aku nak makan KFC. Aku nak rasa KFC tu, biar rasa KFC bukan rasa basi dan tak bau macam cicak mati"
Kemudian aku ambil gelang getah
Aku halakan 45 darjah barat ke arahnya. Zuppppppp ekor cicak terpisah dr badan.
Chak chak chak
Bunyi cicak jantan dan seraya berkata
"rupanya tak betul kata cicak"

Moral:
Jangan lunturkan semangat orang lain.
Jangan nak ganas-ganas.
Jangan nak percaya sangat cerita ni

P/s: cerita hanya rekaan semata-mata. Tak ada kena mengena dengan sesiapa.

Sent from my iPhone

3 comments:

Azlan Strider said...

bosan lepak dengan orang yang tak suka bagi moral support..hahahaha

Regards,
-Strider-

zati embong said...

kdg2 xsmua org bg kata2 semngt pd kita kan.

Namee Roslan said...

haha, ni dikarang semata-mata ke ? pandai cikgu karang. hehe. tapi ada moral values.