Friday, February 17, 2012

SEDAR TAK SEDAR

Sudah hampir 4 tahun jadi Cikgu
Sepanjang tu, aku memegang "kontrak" guru Math tahun 1.

Mengajar anak tahap 1 banyak dugaan bro, wa cakap lu.

Tahun pertama, adalah tahun mencabar. Yalah, baru jadi guru.
Berdepan pulak dengan kerenah
Anak murid yang baru melangkah
Ke alam persekolahan.

Sedang ko asyik mengajar, ble plak anak murid menangis tiba2 & lari keluar kelas, menuju pintu pagar sekolah. Fuuuuh, penat kejar sampai tak jejak tanah.

Ada juga yg tiba2 terbuang air yg agak besar di dalam kelas.Bila aku, tanya kenapa tak bagi tau Cikgu nak pi toilet? Dia kata
"tak sempat Cikgu"
Kesudahannya, sebagai ibu guru, perlu cari pakain baru tuk murid kat stor, bawa ke toilet n bersihkan murid, n bersih "saki baki" yg tertinggal di kelas

Saat yg paling mencemaskan bila, ada anak murid yg tiba2 diserang Sawan kat dalam kelas. Panik tak terkata. Boleh2 ikut sawan sekali, tp sebagai guru, biar hati yg panik riak wajah perlu tenang, agar anak-anak lain tak takut n cemas.

Banyak pengalaman telah di kutip, pengalaman yang mengajar & mematangkan.
Bila di kenang kembali so sweet
Macam2 kerenah anak2 ini...
Tapi aku sayang mereka semua
Walaupun jarang nak tunjuk
Hehehehehehe

Sent from my iPhone

9 comments:

Namee Roslan said...

hehehe, serious mencabar jd cikgu. nak2 cikgu darjah 1 2 dan 3...masing2 masih mentah dan nak perhatian je. :)

zati embong said...

eh rupanya..baru jat tahu kalau jd ckgu ni smpaikan student trberak pn kena cuci.

Gen2Merah said...

wah, rupanya dah 4 tahun cikgu menjadi seorang pendidik ya,. pasti banyak suka dan duka kan.. Itulah mulia dan seronoknya menjadi seorang pendidik...

S..U..D..@..I..S said...

pengalaman terindah sorang cikgu.. bukaan ada ada pd org lain

Tukang Karut said...

selamat mengajar anak anak Kunak...

atuk said...

Assalamualaikum Bobie

saya masih ingat cikgu darjah 1 saya

Ain Zulaikha said...

baguslah boleh jadi guru, kalau saya mmg tak leh lah..

Gen2Merah said...

selamat petang cikgu (",)

kay_are said...

memang mencabar tugas sebagai guru ni.. ape pun tahniah sebab jadi guru yang baik!