Tuesday, October 25, 2011

TERBANG

jika aku punya sayap aku mahu terbang
aku mahu terbang ke sana
ke mana ?
jauh di sana
supaya dekat di lensa mata

tapi kalau aku punya sayap 
mesti kamu takut buka?
mesti kamu akan fikir 
yang bukan-bukan
yang kurang elok
yang kurang sihat

pang! pang! pelempang 
lempang diri 
sedarkan diri
kembali ke alam realiti
yang nyata dan sahih!
kembali sedar...
tidak elok berimiginasi
apa lagi berfantasi

tidak perlu punya sayap
kenapa?
kerana....
now everyone can fly
guna sahaja sayap besi 
dari si burung besi
yang agak berisi
Ongkosnya?
tanggung sendiri :)

note: masih adakah yang utus text cinta guna sang Merpati? atau lebih suka guna khidmat si Twit burung biru?

 

17 comments:

zahidah seran said...

dua2 pun tak pernah guna.

zaman bercinta suka karang surat berkajang pada sang kekasih dan mintak khidmat pos malaysia hantarkan..=D

nuyui a.k.a miss YUI said...

smua leh terbang..

burng biru tk pernah guna..xder pon..hehe..

Santri T.P.I.N.I said...

teringat pula lagu westlife...i believe i can fly... bila baca entri ni.

Zul Fattah said...

erk.. semua tu, aku tak pernah guna.. haha.. aku guna phone je utk break dgan bekas awek aku..

YNA said...

now everyone can fly by airasia, ahaha

JIJI YU said...

duta air asia ke ni

Shukri Mohd Ali said...

saya masih suka cara surat. ada kejujuran. hehehe...

Faaein Talip Roy said...

best.. suka tengok burung merpati.. mahu naik burung besi.. ongkosnya belum mencukupi.. alahai..

Kakzakie said...

Andai boleh menjadi burung
semua tempat mesti dikunjung
tapi itu imaginasi belaka
kerana kita manusia biasa
walau pengutus burung pilihan
bimbang utusan hilang diperjalanan

aimie amalina said...

weee
terbanglah ke mana jua
asal berpijak di bumi yg nyata!
kan merpati kan
alololo
comeii =]

syaza syahhanna said...

tak guna pape sebab tak de kekasih hati.. wek! :P

PinKy MoMMa said...

walaupun boleh fly sekarang sebab ada air asia..tapi masih tunggu tiket free by air asia hakhakhak lebih berbaloi ;p

Namee Roslan said...

haha, everyone can fly but i dont prefer airasia. macam kelam kabut. haha. lebih rela naik buruk merpati. kuikui :D

Ezad Skytech said...

hee..pernah naik airasia je pun...hee~

burung merpati..? si burung biru..? dua2 sy tak guna...hee~

C` Ayob-Ilmu Asas Hidup said...

tak kisah mana2 burung..janji samapi dengan selamat..di tempat yang di tujuh...kan

Azlan Hasan said...

hehe..orang kata jangan terbang terlalu tinggi dan secara mendadak..nanti jatuh sakit..tapi kalau terbang setinggi 50m pun jatuh tetap sakit kan kak..hehehe

Regards,
-Strider-

Tukang Karut said...

guna public phone je...