Friday, October 14, 2011

RUTIN

Pagi ini,
Pada pukul 6 pagi
Sama seperti pagi-pagi
2 tahun lepas

Sudah menjadi rutin
Hanya berjalan kaki
Ketempat kerja

Melihat,
Yang sekolahnya masih rendah
Mengalas bebanan di bahu dengan
beg yang lebih besar dari tuan. Kadang-kadang hilang keseimbangan badan

Melihat..
Yang sekolah sedikit tinggi
Hanya mengepit buku di ketiak kiri
Tangan kanan memicit laju telefon bimbit & kemudian senyum sendiri.
Tapi masih tak sedar lagi kaki kiri dah langkah kiri. Bila terpijak najis si snoopy.

Tengok kanan
Tengok kiri
Semua sudah mulakan pagi dengan bertebaran di muka bumi untuk mencari sesuap nasi
Aku sudah sampai di destinasi
Di tempat mencari rezeki

Di pintu pagar...
Sudah ada yang menanti
As salam & selamat pagi pakcik security.


Sent from my iPhone

9 comments:

ikatankasihku said...

itulah yg di buat setiap hari :)
moga hari2 yg ditempuhi sempurna seperti selalu...

nuyui a.k.a miss YUI said...

masih perkara yg sama kan..

afzan said...

hari sabtu & ahad je rutinnya lain sikit ye dak? berjalan pagi gi kerja? bagus, exercise tu

Niena Pengembara Ilahi said...

berjalan kaki ke tempat kerja

budakijaupendek said...

tulah.
kecik2 dlu smpai nak menyembah bumi bawa beg berat.
dh naik menengah, bawa satu je buku.
tu pun nasib baik la bawa buku. ^^

aimie amalina said...

aisehhh
coretan pagi mencuit atiii
heeeee

Tukang Karut said...

rutin yang sama...

zahidah seran said...

bangun pagi gosok gigi,
bagi kucing makan dulu sebelum isi perut sendiri....=)

Gen2Merah said...

selamat pagi cikgu