Tuesday, October 25, 2011

REAKSI

bila dia punya cerita 
dia berubah jadi penglipur lara
memang layak menang anugerah
pengang trofi, genggam piala

teruskan berkisah....

tapi si pendengar kisah
1001 reaksi wajahnya
2001 reaksi suaranya
mungkin suka
mungkin duka
mungkin juga kata hey! bestnya
mungkin juga kata kesiannya tapi... (Tangan di dada mata ke atas)
tapi si penglipur lara 
mungkin akan berkata
"ada ku kisah"

mungkin (selalu saja bermungkin-mungkin)
pernah alami
pernah rasai 
situasi ini
jika tidak
letak diri dalam "sepatu situasi"

"dia ni bila nak berhenti bercerita, dah 8 jam....eee bosannya"


"oooo ye ke?"
"ooo betul ke?"
"wow! bertuahnya awak?"
dalam hati: (aku tak ikhlas saja buat-buat excited, supaya ko lebih teruja)



"dia ni dah 16 jam bercakap tapi satu benda pun aku tak faham"


" la awak tak habis cerita lagi rupanya,.... ingatkan tadi baru nak balik makan nasi"

11 comments:

Faaein Talip Roy said...

ha,ah betul lah tu.. memang betul sesangat.. hahaha..

bulat mata kucing tu!

Namee Roslan said...

comelnya kucing tuu ! geram tgk dia. pandai dia posing :D manusia berbeda cara dan pendapat, ada yg suka dan ada yang tidak. ada juga yg kata suka tp sbnrnya tidak...mulut kata suka , hati tidak.

Tukang Karut said...

16 jam? errkkk... aku pun nak makan nasi jugak la...

Gen2Merah said...

ehehe.. betul juga kan.. saya pun selalu mengalami nasib yang sama..

atuk said...

Assalamualaikum Bobie

drp riak mukanya macam dia faham apa yg dikatakan...he he

Wassalam

Kacang Pool said...

Oh, ye ke?, oke-oke..
Antara perkataan yang sentiasa disebut bila dah bosan dengar orang bercerita.

feza said...

telinga pun sakit nak mendengar. 16 jam tu.

Chegu said...

dia cakap..."aku lapa, aku lapa" hahaha

delarocha said...

pendengar yang setia rupanye..

Niena Pengembara Ilahi said...

p/s:slmat bercuti :D

aimie amalina said...

kekekeke
kocen comelsyg, layan mama kamu ni ye berckp dn berckp yee..heee

hehehe
xpeee...sy selalu dengar akak ckp =)