Saturday, October 15, 2011

ORANG KERDIL DAN BUAH CHERRY

Latar masa: awal pagi di tahun 1990

Pagi itu Rosnah (bukan nama sebenar) masuk ke dalam kelas 2 Biru. Di bahunya tergalas beg Donald Duck berwana biru gelap. Rosnah letak beg di dalam laci. Raut mukanya sedikit mencuka mengenangkan peristiwa pukul 5.30 pagi tadi.

"Tiada sivik! pengkhianat punya Comel, di atas kasut Bata aku kau berak

Suara Rosnah terketar dia menahan di antara sebak dan marah. Comel kucing separuh Parsi itu buat-buat cool tak kisah. Hanya senyum kambing walaupun kucing. Sinis! Sudahnya kaki Rosnah beralas selipar Jepun, sebelah merah sebelah jingga

Cepat-cepat Rosnah padam kisah itu dari memori ingatan. Kini tumpuannya di alihkan kepada sekumpulan pelajar yang rancak bersembang.
"Mesti sembang pasal Suria Perkasa Hitam" Rosnah buat wild guess. Rosnah menyertai kumpulan sembang.

"sungguh dia ambil buah  ceri tu dari tapak tangan aku" 
Zaiton saingan Rosnah rancak bercerita,dua tiga orang murid lain angguk-anguk kepala mengiyakan cerita.Entah faham, entah tidak
"Apasal ni?"
Rosnah menyoal sedikit kaget dan sedikit tidak puas hati.
"Zaiton ni, kelmarin dia dapat bagi makan orang kerdil di bawah tangki air tu" 
sampuk Habibah dengan nada sedikit tersampuk.
"tak percayalah" 
Rosnah menyangkal padahal dalam hati sedikit tercabar.

2 minggu lepas memang heboh di kalangan murid-murid, di belakang sekolah di bawah tangki air ada sarang orang kerdil.

"Betul lah! aku sendiri yang petik buah ceri tu. Pas tu aku masukkan dalam sarang orang kerdil tu. Aku dapat rasa orang kerdil tu ambil ceri tu dari tapak tangak aku"
Tegas jawapan Zaiton. Tanda protes bila terasa kredibilitinya tercabar

kring...kring...kring...loceng berbunyi
sembang rancak terhenti, di bubarkan. Masing-masing kembali ke posisi asal.

Bertahun sudah berlalu, sudah masuk ke tahun 2011. Kisah misteri orang kerdil tidak terungkai. Rasa tidak puas hati Rosnah juga masih menebal.......



p/s: 1. tiada pokok ceri di sekolah Rosnah.
     2. Inikan pula orang kerdil  :)

8 comments:

delarocha said...

ps : student bernama zaiton pun tiada di sekolah itu..


ahakss

faryzh said...

ni kisah benar zaman sekolah ke apa ni..

bobiedanbad said...

delarocha: hahaha rasanya ada
faryzh: benar belaka kecuali pokok ceri dan org kerdil sahaja

C i k P i p i T e m b a m said...

hahah.. ku prcaya pada tajuknya :P
sabor jela...

kakngah said...

zaman sekolah rendah aku dulu, femes ngn nenek kebayan kat belukar hujung padang sekolah. serius. aku percaya masa tu.

bobiedanbad said...

cikpipi: betul, boleh percay pada tajuk nye je...
kakngah: hahahah zaman2 innocent semua cerita percaya je, aku pun sama

Gen2Merah said...

ehehehe.. menarik jalan cerita ni.. dulu saya zaman sekolah dulu pun macam2 cerita hantu yang jadi heboh satu sekolah..

Dari tahun1 sampai tahun 6, ada saja versi cerita hantu... tapi bila dah kembali ke sekolah tu sebagai guru, baru saya tersenyum lebar.. alangkah taksubnya pemikiran kanak2 kan.. ehehe

Niena Pengembara Ilahi said...

hehehe,

tpi masa kecik dlu pecaya sgt ngan awang kenit/org kerdil