Tuesday, September 6, 2011

SOALAN

ada soalan perlu di jawab
ada juga soalan yang tak perlu di jawab
ada soalan yang sangat mudah untuk di jawab
tapi aku juga soalan yang berat dan sukar untuk di jawab

sudah berapa banyak soalan yang datang menerpa di gegendang telinga?
kalau di hitung degan jari-jemari sendiri memang tidak terhitung....
INFINITI

ada soalan yang datang untuk bertanya...
ada soalan yang datang berbaur mengada-ngada
ada soalan yang datang bermotif berbahasa basi
ada soalan yang datang dengan pakej untuk menyakitkan hati

ini satu bentuk soalan...
yang di lafazkan dengan intonasi dan kesantunan bahasa yang berbeza
tapi soalan yang sama...

"kamu dah ada anak ke belum?" soalan dari seorang sahabat yang sudah sekian lama tidak bertanya khabar
"kamu dah ada anak ke belum?" soalan dari seorang manusia yang baru sahaja bertanyakan soalan yang sama pada minggu lepas...
"kamu dah ada anak ke belum?" soalan dari seorang insan yang, di akhir soalannya di iringi gelak-gelak sinis...

selagi terdaya jawab sahaja soalan itu..
bolos saja dinding itu!
kalau sudah malas...hanya senyum dan tak perlu kata apa-apa
marah tiada ertinya...
memang manusia punya perangai berbeza-beza
persoalan? soalan? ermmmm biarkan sahaja


p/s: saya ada seekor anak kucing...

2 comments:

♥♫♥ZaiKuLiM♥♫♥ said...

siapa yg menang ga nie

http://bobiestory.blogspot.com/2011/04/5-winner-ga.html

maaf terlepas pandang

Namee Roslan said...

tapi rasa bengang juga lah kalau org suka tanya soalan sensitive ni banyak kali. namee kenapa kau kurus kering? namee kenapa kau kurus kering. sigh..itu sensitive..hehe, buat saya nangis juga lah. soalan yg sukar nk jawab kenapa.