Tuesday, August 9, 2011

WARNA KULIT

Kulit aku gelap.
Masa kecil lagi gelap
Masa mula-mula datang UUM
orang ingat aku anak mami...
Tapi aku akan kata aku anak mummy and dady
Aku bukan dari pulau pinang
Aku asal dari pulau Borneo :)
Bila aku masuk Maktab
Kawan-kawan ingat aku keturunan sharuk khan.
Masa mula-mula posting pun rakan-rakan guru ingat aku keturunan Salman Khan...
Sangkaan tidak berakhir di situ Makcik kantin sekolah ingat keturunan Rajenikan...bila kawin plak, kawan-kawan husband ingat aku mmg betul-betul kaum kerabat Rajenikan.
Sentap?
Tak ada maknanya babe!
Wa cool..
Tak kisah apa pun colour kulit kita
Yang penting orang sayang kita
Yang penting kita mandi
jangan bagi daki lekat kat kulit
Lagi penting hati tak hitam : )

Sent from my iPhone

4 comments:

diana said...

kulit putih tapi daki berkerak,
pipi bersopak,buat apa..kan??
yang penting fizikal dan rohani kita bersih...:)

Bob Merley said...

kulit gua gelap gak. tapi hati gua berseri-seri

JunAina said...

kak aina setuju! yang penting hati tak hitam & kelam...hitam2 si tampuk manggis biarpun hitam dipandang manisssss....

NMH said...

comellah entry ni..hee