Tuesday, August 9, 2011

CERITA MASA LALU

Terkenang diri sendiri masa kecik-kecik dulu. Masa kecik aku tak reti nak main sorok-sorok sambil kantoi kan puasa. Kalau tak nak puasa terus je cakap kat mak
"tak nak puasa" seraya meneguk air milo tanpa rasa bersalah.
Mungkin time tu mak aku tengok aku kecik besar kecik besar je.
Kalau dah besar mcm ni masih wat perangai macam tu conform mak bagi sekali pakej makanan... Bagi makan penampar. Bila masa berbuka, org sibuk berbuka diri pun lagilah sibuk nak berbuka. Tengok muka akak aku masam macam terminum cuka 1 liter . Dah lah menyibuk, nak plak mak serve aku dulu....apa nak kata, masa tu aku hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak bongsu..tengah syok2 akak aku berbuka ble plak aku tumpahkan air cendol dia, mana tak terbakar hati minah tu..
Itu kisah masa zaman kanak- kanak ribena
Masa zaman Akak aku baru nak jadi remaja.
Bila time sorang2 berbuka macam ni terus teringat kat akak di Bukit tinggi. Akak sekarang keja kat "istana perancis "
Wa caya sama Lu la Akak !
Selamat berbuka semua
Selamat berbuka Shimah Dean.
Sent from my iPhone

No comments: