Wednesday, August 10, 2011

MERCUN!

Semalam pada jam angka 7 lebih, aku mengambil sedikit kesempatan. Sikap manusia di mana ada kesenangan di situ Kesempatan di ambil. "Rehat sat, kejap lagi nak lipat kain baju" begitulah janji hatiku sejak 2 hari lepas.
Jejari ku yang tak berapa nak runcing mencapai talipon pintar ku. Tang mana pintarnya aku pun tak tau. Kalau nilai credit dalam phone menunjukan 0 sen tak lah pintar mana pun!
Aku ke aplikasi notes, nak mengarang sesuatu. berlagak tenang dengan harapan idea-idea datang menjana cas2 positip dalam sel otak..seperti dalam iklan susu anmum. Sudah 2 3 minit berlalu. Idea tak ada lagi! Derm what the h....
Tetiba "bom!". Laju hatiku melatah dalam bentuk makian... Terkejutku memang taklah ke tahap beruk.
"bom! "bom!" "bom!" lebih kurang macam tulah bunyi mercun yang aku dengar sejak 1 Ramadhan lagi.
Jantung yang kuat ble menjadi lemau, kucing local ble berubah menjadi Parsi dek mendengar ledakan mercun mereka...
Bila semua ni nak berakhir? Omongan ku sedikit nak serius.
Tak kan tunggu tangan terbelah empat.
Jari lumat berkecai baru nak berhenti! Kalau tangan dah tak ada macam mana nak makan kuih raya? Macam mana nak salam masa raya? Tak kan nak salam hulur kaki? Macam mana nak terima duit raya ? paling penting macam mana nak beristinjak! Aku nak tegur, baya mereka dah melebihi aku...kalau aku teruskan teguran konon-kononnya nak membina, InsyaAllah aku plak yang kena baling dengan mercun....
Ok selamat bersahur semua!

Sent from my iPhone

3 comments:

hafiz hafizol said...

baru sehari puase mercun dah berbunyikkk kan kan?? huh!!!! Lempang baru taw si pemain 2...

inibelog aca said...

hahhaha sweet je..kita pun main mrcun gak..nasib skng telah disedrkan..haha

✿....rossa alina....✿ said...

hahahaha yang main mercun ni mesti version boleh jd bapak org ni..kekekeke..