Sunday, August 14, 2011

MALAM

tup tap tup tap
jari tak berapa runcing 
laju mengetuk...
apa perlu ku cerita
kisah malam minggu?
kisah muda mudi....?
atau kisah ranti emas yang Tipah beli
secara ansuran dua bulan lepas..?.

kisah malam minggu...
aku menongkat dagu
aku mendongak kelangit malam
banyaknya bintang
ingin ku jolok bintang itu
tapi
akal logik penampar deras ke minda sedar
apa kau ingat seperti menjolok
buah kedondong?

tup tap tup tap
kisah malam minggu
di depan tv menghabiskan minit waktu
sekali menjeling ke kaca LCD  
ada ngobrol-ngobrol di situ
rupanya tak perlu ku jolok 
bintang di langit sudah ada bintang di 141
walaupun esok akan hilang di kaca tv ku
kerna mana mungkin
aku mahu menambah angka di bil September ku

kisah malam minggu 
apa cerita kamu?
ok semua selamat beradu




No comments: