Tuesday, August 9, 2011

CERITA PAGI TADI

Rutin harian aku tak berubah setakat ni, pagi bangun. Bersiap n menapak pi keja. Pagi tadi sekali lg aku org yang ke-13 smpi tempat keja.. berdasarkan buku kehadiran kat Pejabat Am. Mood pagi biasanya menyepi.. Tapi kalau dah jam angka 8 mood, menyembang dah mula kencang!
Tapi pagi ni, awal2 lg mood menyembang rakan sekerja sangat berkobar-kobar. Aku tengok jam tak angka yang sepatutnya lagi..
"ko tahu?"
Tak sempat aku nak kata tak tahu
Member sambung ayat-ayat majmuk dia "kerajaan bagi bonus separuh bulan gaji" semangat sungguh rakan ku ini ! Di lafaz dengan sekali nafas. senyum nya berseri macam baru menang cabutan bertuah hadiah saguhati tempat ke-5.
Dan begitulah sehingga 2 3 jam berikutnya... Isu bonus. Berkumandang d corong tekak. Ada yg bersyukur sbb dapatlah bayar kuih raya yang telah di tempah. Ada juga yang nak beli bateri keta.Tak kurang juga yang telah membuat analysis kenaikan harga barang harian dan petrol akan berlaku. Riak wajah tak payah nak habaq, serius ada seriau pun ada.
Aku pada jam itu juga rasa macam nak beli kereta ferari sebijik! Tapi bila aku congak- congak , ada baiknya aku beli pen merah.. dah 2 hari aku tibai pen murid tak pun magic colour murid tuk mark buku.
Bukan aku tak mampu beli. Tapi tahap kelupaan aku yang harus di persalahkan. Lagipun pen merah zaman sekarang, hari ni beli esok dah habis dakwat.
Tak pe mana2 murid yang bagi pinjam pen merah. Akan aku bagi duit raya. Maklumlah dapat bonus!
Haktui! Sungguh riak nada ku itu.
Tapi apa yang penting kalau korang dapat bonus zakat jangan lupa nak bayaq.

Sent from my iPhone

No comments: