Thursday, August 11, 2011

BAZAR & RM

Tadi merupakan kali ke-3 aku ke bazar sepanjang ramadhan ini.
Banyak makanan...Nafsu membeli kalau tidak di kawal, gulai dengan kawah2 dia sekali nak di bawah balik.
Aku pusing 360 darjah memang makanan dan minuman yang terbentang luas depan mata. Air berwarna-warni, lauk berpauk-pauk, kuih bermuih-muih. Aku pilih mee goreng + ayam goreng terlebih kunyit + soya tak bergula.
Sedang aku keluarkan baki- baki sen yang ada tuk bayar makanan, bahu aku di tepuk.
Aku toleh ada budak perempuan hulur tangan. Nak ajak main tepuk amai-amai kah? Rupanya tak, dia nak minta duit kat aku...
Aku tak bagi! Bukan aku kedekut.
Kalau aku bagi, tak sampai 60 saat berderik.Aku yakin rakan-rakan dia yang lain akan serbu...dan akan ekori ko selagi ko tak bagi kat mereka dan mereka... Klu setakat 1 atau 3 org tak pa lah juga. Ini 11 ke 14 orang... Tokeh minyak pun jual tong!
Kalau ko sedekah makan dia tak nak.,fulus juga yang dia mau matawang nya pula perlulah RM.
Aku tahu dalam rezeki yang kita dapat, adanya rezeki orang lain.
Tapi kalau senario yang aku hadapi... Ermmmmm. Salam Ramadhan!


Sent from my iPhone

2 comments:

Bob Merley said...

gua pon biasa camtu. bukan taknak bagi. sendiri mau makan pon tak cukup maaa

fahmie firas said...

Best Entry Ni
Salam kenal,
nice blog,
done following you,
Kalau free jemput singgah ke blog saya,
Bagi komen and nasihat ok.

http://fahmiefiras.blogspot.com/