Friday, June 24, 2011

RAJUK

PUJUKLAH AKU
BUKAN DENGAN BUNGA 
TAPI DENGAN WARNA
AKU MAHU WARNA DARI PELANGI
BUKAN YANG PETANG TAPI YANG PAGI

CIS!
KALAU RAJUK MU SERUPA INI
PERSIS CERITA DONGENG
PUTERI-PUTERI COMEL
MASUKLAH KAU KE DALAM HUTAN TEBAL
ATAU KE MENARA TINGGI
BIAR BERABAD BERKURUN
KAU NANTI DONGENG MU JADI RIALITI
SIAPA TAHU ADA YANG UNDI
PEMUJUK HATI

1 comment:

PenuliS said...

kalau rajuk berpjngan,terjun je katil 2 tingkat!!hehe!!