Saturday, June 25, 2011

GADUH

manusia yang biasa-biasa seperti aku & kamu mungkin tidak terlepas
daripada bergaduh. adakah yang tak pernah bergaduh?
gaduh ringan-ringan atau gaduh berat itu tetap gaduh namanya.
Antaranya:

gaduh adik beradik
gaduh suami isteri
gaduh si anak kecil
gaduh rakan sekerja

kalau di senaraikan semuanya memang banyak. lebih banyak dari senarai segmen yang di anjurkan
oleh mana-mana tuan punya blog.
tapi...
sampai lama mana gaduh itu?
seminit, sepurnama ,365hari atau lebih daripada itu.
  
si anak kecil bergaduh, kemudian datang mengadu pada aku.
pergaduhan 2- 3 minit. tapi di minit ke 4 mereka bermain semula.
gaduh mereka, gaduh manja tiada niat dendam atau nak menghentam

gaduh itu tak best. panaskan hati. bila hati terbakar, hati jadi hitam.

Kalau Mail Lambung boleh settel baik2 dengan Ahcai.
Kenapa tidak kita dan kita
kamu dan kamu...

Gado-gado..itu sedap + best = awesome

note: jangan gaduh dengan tuan rumah nanti merempat di tepi jalan.


No comments: