Saturday, May 14, 2011

Memo panjang dari seoarang guru

Assalamualaikum & salam sejahtera
Buat anak-anak ku…
Di mata kalian
cikgu mungkin seorang yang garang
Garang tanpa rasa sayang
Membebel non-stop
Tiada yang berani pandang 
tatap 
jauh sekali untuk merenung
mata cikgu
Jarang cikgu hendak senyum
Sedangkan senyum itu satu sedekah bukan?

Tahukah anak-anak?
Jauh di sudut hati cikgu
anak-anak sangat istimewa…
Membebel cikgu bukan tanpa sayang
Itu teguran supaya anak-anak
Tahu beza yang mana hitam yang mana putih
Mana kaca mana permata
Biarlah tidak menjadi angkasawan
Tapi kalian jadilah insan budiman

Buat anak-anak ku
Tiada benci di hati cikgu
Buat anak-anak ku
Jutaan terima kasih
Kerana menyanyangi diriku
Tiada benci tiada dendam di hati kalian
Sucinya hati kalian….



No comments: