Thursday, April 21, 2011

SEMBANG 0

pertengahan pagi tadi
bersembang kosong
dengan rakan guru
yang berlainan jantina
tapi keturunan yang sama
negeri yang berbeza
aku di bawah bayu
dan dia.... tanah kelahirannya
berdekatan Kota Singa...

Bad...dia menyapa
bukan aku "buruk"
Bad itu..
keratan Badrah Binti Baharudin..
dia menyoal...

Bad suami ko polis?

Tak...keja kira duit

Bad...suami ko keja kat mana?

KL

Ko kawin dah berapa lama?

almost 3 years...

dah berapa lama suami ko keja kat sana?

+- 5 years 


Biar betul? terkejut

Ya..sangat betul

dia tambah
Aku dan Zu tak setabah ko..setahun je boleh hidup terpisah
pastu aku ajak dia tinggalkan KL, ajak datang ke bawah bayu...
Aku senyum...
dia terus bertanya...

Bad, ko tak nak pindah KL?

Aku senyum lagi....

Bad, ko bangsa apa?

Bugis

Kita sama, aku pun bugis.

Kali ini aku menyoal, hanya satu soalan ku....

Ko tahu berbahasa bugis?

Ringkas jawapanya...

aku hanya tahu satu perkataan 'Mandre'

Aku senyum...





1 comment:

Ila said...

la,dok jauh2 rupanyer yer...