Sunday, April 17, 2011

KAIN

minggu lepas....
kawan-kawan sekerja
memilih jenis kain yang sesuai 
untuk latar pentas....
ada yang memberi idea....
kain warna maron cantik berpasang bersama
kain warna krim


hasilnya
Ya! aku setuju
memang cantik
bila mataku yang tidak berseni
ini menilai..

sedang mataku melihat
pentas itu, isyarat di hantar ke otak
tercetus lagi satu pemikiran...
dan turun kehati...
mula la hatiku bermonolog
bersoal jawab
bertanya-tanya..

kita selalu memikirkan
kain apa yang sesuai untuk wat langsir
kain apa yang cantik tuk wat baju raya
kain apa yang sesuai tuk wat baju nikah

tapi pernah kah kita terfikir tentang kain kapan
yang menutupi jenazah kita kelak...
mungkin jarang
atau langsung tidak di fikirkan...
kenapa?
adakah kerana...
kalau dah mati itu urusan orang yang hidup nak beli tuk kita
kain kapan hanyalah kain kapan 
tak ada yang sutera
tak ada yg chiffon
tak ada yang sulamnya timbul
tak ada yang warna maron....
jadi tak perlu nak fikir...

adakah begitu?

note to myself: aku kadang-kadang terlupa

No comments: