Thursday, April 21, 2011

DUA...TIGA MINIT

dua tiga minit
di dengar terasa sekejap
dua tiga minit
kadang-kadang rasa 
bagai setahun
dua tiga minit
tak kan berdiri istana yang gah
dua tiga minit
boleh berkecai
hancur dan lebur
tamadun manusia
dua tiga minit
terbitnya rasa cinta
dua tiga minit
lesapnya rasa sayang...
dua tiga minit
akan tercatit
lagi sebuah kisah
dan dua tiga minit kemudiannya
akan tertutup tirai cerita...
dua tiga minit
kau akan membaca di sini
dua tiga minit
kau berlalu pergi
tapi aku tahu dua tiga minit
akan ada yang bertandang lagi
selagi minit
itu tidak penat
tidak jemu
tidak bosan untuk berdetik




1 comment:

Anisa Hang Tuah said...

minit demi minit
bercantum cantum
akan jadi hari