Friday, April 22, 2011

ADA HANTU DI SEKOLAH...

di alam sekolah rendah
bercerita seram sesama kawan
sambil makan aiskrim
dan keropok keju kegemaran
takut...
seram..
tak dapat nak bayangkan
"di sekolah kita ada hantu korang
di sini ada kubur Jepun masa zaman perang"
bila dengar bulu roma meremang

bahagian ke-2
beralih ke sekolah menengah
kisahnya tetap sama
bercerita di dewan makan asrama
sambil makan ayam masak merah
"dengarnya di sini ada hantu, kawan-kawan
di kala bulan mengambang 
akan terdengar kawad tentera di tengah padang"
bila dengar mata tak nak lena
padan muka kenapa pasang telinga

bahagian ke-3
bila dah jadi cikgu sekolah rendah
terdengar anak murid bercerita
ceritanya lebih kurang sama
"hey korang, atuk aku kata
ada hantu kat sekolah kita..."
sesama mereka bersoal bercerita
"hantu Jo-Un kah"?
"Atau hantu Mak Limah"?
aku yang dengar hanya tersenyum sahaja...

motip entry: dulu aku di kelas Tahun 1 Biru



2 comments:

Anisa Hang Tuah said...

kak..dkt dpp yab ade hantu juga

QUEENPINK said...

salam.

jemput join ga.

http://queenroszaliza.blogspot.com/2011/04/queenpink-lucky-follower.html