Wednesday, March 9, 2011

BILA MATA HANYA MELIHAT…TELINGA TIDAK MENDENGAR..MAKA MULUT AKAN BERKATA YG BUKAN2


Tajuk entri yang cukup panjang siut…ini ada satu kisah korang bacalah dahulu

Situasi 1:
Pukul 11.30 mlm, Tipah sedang membeli buger. Sambil menunggu burgernya siap Tipah sempat juga mengayat abang jual burger tu. Ayat Tipah x berapa nak jd, brader tu buat x tau..Tipah bosan lalu dia menoleh ke arah sebelah kanan. Dia terpandang Meon jiran sebelah rumahnya…pada jarak 80 meter dari tempat dia berdiri. Meon berada di kawasan parking kereta berhadapan dengan sebuah restoran. Apa yg menarik minat Tipah pd ketika itu, Meon sedang memberikan wang RM50 kepada seorang wanita seksi yg cukup menggoda lagaknya di mata Tipah. …Rambut meon pada ketika itu kusut masai, baju Meon sudah tidak di masukkan ke dlm lagi. Di leher Meon dapat Tipah tengok kesan merah. Tajam sungguh mata Tipah…..jiwa Tipah membara,Meon main kayu 3..Tipah plu bagi tau hal ni pada Kak Jijah isteri meon…


Situasi 2:
Sudah 3 hari kepala Meon gatal akibat masalah kelimumur yg amat dasyat, sikit2 Meon akan menggaru kepalanya. Lebih malang lagi pagi tadi ketika sedang menggoreng telur tuk Jijah yg sarat menggandung, lehernya terkena percikan minyak. Kasihan Meon, tp dia x sampai hati suruh Jijah wat sarapan. Petang tadi Meon call Jijah, nak bgtau dia lewat balik keja, nak OT cari wang lebih..maklumlah nk sambut orang baru, keja kena kuat. Setelah habis OT, meon singgah di restoran mamak nak beli roti canai sebab Jijah suka..sambil menuggu order siap, Meon ke tandas memerut agaknya…setelah selesai urusan di restoran dia menuju ke kereta…belum sempat dia masuk kedalam kereta, Meon di sapa oleh seorang wanita. Seksi dan menggoda…tp layak di panggil ibu pada pandangan mata Meon..dia menawarkan “sesuatu” kepada Meon…tp cinta Meon padaNya mengatasi segala..Meon membuka dompet pada ketika hanya ada RM50 di dompet Meon. Meon ikhlas kan hati di hulur duit RM50 tu, “kakak dah makan?, kalau tak makan lagi ambil lah duit ni akak pi la makan dulu”. Meon masuk ke dalam kereta dan balik ke rumah…


Situasi 3:
Seorang perempuan seksi, melihat kereta yang di pandu pemuda handsome berlalu pergi..menitis air mata wanita tersebut. “Ada lagi insan di dunia ni yang tak pandang jijik pada aku”.


nasihat aku pada diri aku jangan cepat buruk sangka, ada baiknya siasat dulu..

5 comments:

kakngah said...

serius..
aku sndr sukar nak kikis perasaan buruk sangka.
cuma aku latih diri aku kawal perasaan buruk sangka tu dari terzahir dr mulut. bahaya! org kata.. kerana mulut badan binasa.

S..U..D..@..I..S said...

itulah mata cepat ja scan dan bgitau pada lidah.....

nur anis said...

sebelum tengok orang lebih baik tengok diri sendiri dulu..belum tentu diri sendiri tak ada keburukan..tapi susah nak buat macam tu...

Ila said...

ye betul tu..kdg2 kita selalu terlupa tidak semua yg dipandang adalah yg berlaku

BRO_MONDAY said...

cekgu bobie : boleh kite semua buat pedoman bila baca 3 kisah ni...('',)

p/s : Sila lah BW ye...tengkiu...
1.New Entry "Scha Al Aiman Dapat Basikal"
2.New Entry "KECEWA ATAU GEMBIRA???"